Tuesday 4 January 2022

SOP TINDAKAN KECEMASAN


TINDAKAN KECEMASAN

Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakankata-kata yang yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalamkehidupan harian. Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupanharian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul.Kebakaran adalah satu tindak balas kimia dimana tenaga haba dancahaya yang terhasil akan menghasilkan asap.

PENCEGAHAN KEBAKARAN
Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula(infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi(uncontrollable stage).

Pengurusan Risiko Kebakaran
Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran :
  1. Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan diri (mean of escape).
  2. Mengadakan pelan pengunsian bangunan.
  3. Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan
  4. Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala
  5. Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan
  6. Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi
  7. Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang bagus.
  8. Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara berkala.

Pelan Tindakan Keselamatan
Kesedaran dan keselamatan semakin meningkat di tempat kerja apabila adanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk mencegah kemalangan.  Salah satu faktor pencegahan adalah untuk menghadapi pelan tindakan kecemasan.

Bersama ini juga dilampirkan link/attachement dokumen yang disediakan oleh Jawatankuasa Induk mengenai Standard Operating Procedures (SOP) Pelan Tindakan Pengungsian Bangunan Ketika Kecemasan/Bencana bagi Jabatan Kehakiman Syariah Perak (Aras 3, Bahagian Khidmat Pengurusan) khususnya.

Pelan Tindakan Keselamatan (PTK) adalah untuk menyediakan orang dan organisasi terhadap kecemasan untuk mencegah kecederaan dan kerosakan harta benda.

Objektif PTK:-
  • Membolehkan pekerja bertindak dengan tenang dan selamat semasa berlakunya kecemasan.
  • Tanggungjawab dan pelaksanaan oleh mereka yang dilantik untuk menjalankan tugas apabila berlakunya kecemasan.
  • Peralatan kecemasan digunakan  dengan selamat dan betul.
  • Pengosongan premis dilakukan dengan pantas, teratur dan selamat apabila berlaku kecemasan.

Terdapat beberapa jenis kecemasan yang memerlukan pelan tindakan keselamatan diadakan seperti kebakaran, letupan, bencana alam, keracunan, kebocoran toksid, bangunan runtuh dan lain-lain.

Prosedur keselamatan
Sesebuah organisasi perlu mengetahui dan melaksanakan pengurusan keselamatan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:-

  1. Pencegahan - Melaksanakan latihan keselamatan di tempat kerja dan cara pengendalian bahan berbahaya serta peralatan yang digunakan.
  2. Kesediaan - Organisasi perlu menubuhkan satu jawatakuasa kecemasan yang dapat bertindak apabila berlaku kecemasan.
  3. Tindakan -  Jawatankuasa kecemasan yang ditubuhkan hendaklah bertindak dengan pantas dan efisien berserta kelangkapan yang mencukupi apabila terjadinya kecemasan.
  4. Pemulihan - Merupakan tindakan yang berfungsi untuk mengembalikan situasi cemas kepada keadaan normal seperti menilai kerosakan, mengganti atau membaiki peralatan yang rosak.

Bagi Peringkat Zon Berlian, perlaksanaan langkah-langkah keselamatan termasuk kelengkapan di bawah selenggara pentadbiran Jabatan. Walaubagaimana pun, Zon Berlian telah menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan termasuk Laluan Kecemasan bagi Zon Berlian. 

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGOSONGKAN BANGUNAN
EVACUATION STEP
  1. APABILA LOCENG KECEMASAN DIBUNYIKAN, JANGAN PANIK HANYA BERTENANG DAN TUNGGU PENGUMUMAN.
  2. SELEPAS MENDENGAR PENGUMUMAN UNTUK MENGOSONKAN BANGUNAN, PASTIKAN KEHADIRAN ANGGOTA PEJABAT, LIHAT SEKELILING UNTUK MEMASTIKAN SIAPA YANG ADA ATAU TIDAK.
  3. MATIKAN SEMUA SUIS ELEKTRIK DAN PASTIKAN PERALATAN PEJABAT TURUT DIMATIKAN.
  4. TINGGALKAN BARANG-BARANG TIDAK PERLU.
  5. TUTUP DAN KUNCI PINTU-PINTU YANG BERKENAAN.
  6. GUNAAN JALAN KELUAR YANG TERDEKAT SEPERTI DI PELAN KECEMASAN DAN BERHIMPUNAN DI KAWASAN BERKUMPUL (PARKIR AWAM).
  7. JANGAN GUNAKAN LIF.
  8. JANGAN TUJU KE TEMPAT LETAK KERETA DI DALAM BANGUNAN.


___________________________________________________________________________________________________________


 CARTA FUNGSIAN 
MAHKAMAH SYARIAH GERIK 2023






No comments:

Post a Comment

CARTA PERBATUAN MS GERIK TAHUN 2023 Dikemaskini pada 25 Mei 2023